Sunday, 27 March 2011

Hamba Cinta



Ah! Cinta lagi! Nak buat macam mana.. Memang mood aku dalam jajahan cinta, tak kiralah ianya gembira ataupun duka.. Yang pasti sekarang nie dah tentulah mood aku dalam keadaan duka.. Huhu.. Sebab tu lah aku katakan cinta itu membosankan! Sebab macam nie la.. Aku tak tau sampai bila aku boleh bertahan..
Memang jika bercinta nie segalanya berubah.. Dari hati hinggalah persekitaran.. Faham maksud aku? Silalah kaji dengan penuh hemah sebab aku sendiri tiada bahasa sesuai hendak digunakan.. Aku kadang² mempertahankan personaliti aku agar tak lari dari landasan diri.. Tapi aku pon manusia jugak.. Tergelincir kadangkala memeritkan! Mengacu semula ke pangkal memang bukan kerja yang aku suka.. Sebab ianya penat!
Ah! Aku dah mula lesu! Akhirnya aku terkandas jauh.. Aku dah mula layu dalam hati sendiri.. Mana pergi dulu hati aku yang kental! Aku kan berjiwa gagah.. Mana boleh kalah! Tapi memang betul.. Cinta itu mampu membunuh! Bunuh hati, bunuh minda, bunuh iman, yang dibiarkan hidup cuma nafsu!
Apa semua nie? Apa kena mengena ngarutan semua nie dengan tajuk di atas? Ermm.. Cinta itu mampu memerintah.. Segala yang ada dalam diri mampu ditundukkannya.. Maka berwaspadalah.. Sekali ia bermaharajalela beribu kalilah ia akan memperhambakan.. Cari batasan supaya si raja cinta itu tak mampu menjalar keseluruhannya..
Aku anggap pembaca aku semua dah matang.. Mampu berfikir dan menganalisa.. Yang penting ‘kenal’ dan ‘beza’..
Otak aku semakin celaru! Buktinya entry nie la.. Mengarut jer.. Semua citer tergantung.. (menteil kan suka mentersiratkan.. haha..)
Aku akan jarang  update lepas nie.. Banyak keje nak kena buat..
Ramai sudah perwira dan pemimpin akhirnya bodoh dan malu dengan cinta..

Saturday, 26 March 2011

Setiap hari yg berlalu merupakan mukasurat diari kehidupan kita. Kita yang menentukannya apa coraknya, ramuannya dan sebagainya. Kekadang hari yang yg kita lalui tidak seindah yang diharapkan. Kita merungut, meyumpah dan sebagainya. Apakan daya kita yg merancangan kehidupan kita sedemikian. tak dinafikan perancangn Yang Maha Esa lebih tepat tapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk meyerahkan segalanya bulat2 kepada-Nya.kekadang ada org meyalahkan takdir atas apa yang berlaku.ada yang berserah sepenuhnya kepada takdir .Pandangan itu wajar dilontar jauh. Cuba kita fikirkan sejenak.mengapa kita di wujudkan dimuka bumi ini? untuk apa? jika tahu jawapannya mungkin kita akan hargai setiap detik yg kita lalui pada hari tersebut.andai manusia boleh memutar kembali masa yang lalu, maka tiadalah sejarah. Sejarahlah yang menjadiian kehidupan ini lebih mencabar untuk diterokai. Mungkin setakat ni saja yg aku mahu blogkan..Mungkin ada or menganggap benda ini remeh tapi fikir-fkirkanlah........